Dua bulan lepas, ada seorang abang datang, katanya nak
berenti merokok, perokok tegar sejak
umur 15 tahun.. merokok sekotak sehari,
sekotak ada 20 batang rokok..tu paling kurang, paling banyak 2 kotak rokok
sehari.
Merokok banyak, sebab kerja, tak rokok kerja tak jalan…kerja
sebagai pemandu lori, bawak lori jarak jauh, ke utara, barat dan selatan
semenanjung, hisap rokok sebab nak elakkan mengantuk..hisap rokok jadi segar
mata dan cergas.hisap rokok badan cergas.
Kenapa tiba tiba tak nak hisap lagi…?
Teringin berhenti
merokok sebab isteri baru je keluar wad, isteri di hospital sebab batuk dan
susah nafas, isteri dapat jangkitan paru paru,kena tahan lah 5 hari, susah jugak hidup abang ni bila bini sakit..
Dr di hospital cakap, suami yang merokok pun penyumbang risiko batuk dan lelah
tu. Insaflah abang ni ..
Memang bersemangat nak berhenti..ke kerna terpaksa?
Memang semangat kuat sekarang, tapi ketagihan tu lagi kuat…semangat
kalah..sebab tu saya datang jumpa Dr nak bantuan, nak ubat tahan ketagihan. Nak
berhenti cepat, agar tak memudaratkan isteri lagi. Katanya abang ni.
Belum berjuang dah kalah ke?
Saya berpendapat, untuk berhenti merokok atau melawan
ketagihan, apa apa ketagihan pun..judi, dadah, ketagihan main games, katagihan
FB,mahu pun ketagihan seks, apa yang
paling utama ialah semangat diri yang kental..strong will power..maknanya tak
ada apa yang boleh melemahkan semangat..bukannya sebelum berjuang dah bagi
macam macam alasan.
Sokongan orang lain perlu tapi tuan punya diri perlu
tunjukkan semangat juang, kalau tak…hasilnya tak lah sampai ke mana.
Jadi macamana Abang?
Saya nampak abang ni tak cukup kuat semangatnya..banyak
jugak takutnya kalau dia berhenti merokok..takut tak boleh bawak lori lagi,
takut tak cergas, takut gemuk sebab selera makan bertambah..takut batuk lelah
sebab tinggalkan rokok..takut macam macam yang di dengar daripada kawan kawan
yang masih merokok.
Saya pun mintak abang kuat kan semangat dulu..biar betul
betul yakin nak berhenti..kalau nak harapkan bantuan ubat aje, macam tak
berjaya lah..kang dah tak ada ubat, hisap balik. Dah lah ubat tak murah…macam membazir
lah kalau tak berjaya.
Payah jugak, orang datang nak berhenti saya pulak bagi
ceramah motivasi kat abang ni..
Apa nak buat?
Kalau betul betul abang ni nak berhenti, saya minta abang ni kurangkan hisap
rokok dalam sehari..kalau sekarang 20 batang, cuba kurangkan ke 15 batang
sehari kalau dah berjaya..kurangkan lagi ke 12 batang…saya bagi masa sebulan untuk abang buktikan
semangat dan jati diri yang kuat untuk melawan nafsu ketagihan merokok ni.
Deal kata abang ni..
Keputusan nya macamana?
Lepas sebulan, abang ni tak ada pun datang…okay..tak
per..mungkin abang ni pergi jumpa Dr lain..ambik ubat..lain Dr, lain
pendekatan, terpulang kepada pesakit untuk memilih tapi walaupun berbeza cara,
hasil yang nak di capai adalah sama..untuk pesakit dapat atasai masalah dan
penyakit.
Abang ni datang seminggu lepas..senyum senyum masuk bilik…datang
sebab anak nya demam.Lepas selesai anaknya, saya pun tanya..macamana dah sekarang
dengan semangat nak berhenti tu.. secara seloroh dia jawab..gagal lah doc..doc
tak bagi ubat sangat…
Aik…saya pulak salah..pastu abang ni cakap, ..ada hari dia boleh
kurangkan ke 15 batang sehari..tapi banyak hari dia hisap lebih 20
batang..payah sebab pemandu kedua pun kuat rokok..pastu bini dia pun dah okay
banyak..kena asap rokok pun nampak okay…jadinya..semangat nak berhenti tu
simpan lain kali lah.