Monday, May 28, 2012

bentuk badan




Saya mempunyai badan berbentuk Ectomorph. Orang berbadan bentuk Ectomorph biasanya kurus kering dengan tangan dan kaki yang halus kecil ,tak ada otot, atau otot kecil tidak terbentuk, bodi frame dan tulang kerangka pun kecil dan ringan. Dada kecil dan bahu pun tak lebar..boleh lah disimpulkan seperti tiang. Kalau dah tiang , pakai apa pun tak nampak cantik..eh segak…

Memang sejak dulu saya susah nak dapat berat badan unggul..asyik BMI bawah 18 saja..kalau perempuan berwajah cantik..harus boleh jadi super model sebab badan sekeping macam ni..tapi lelaki kurus cekeding dengan muka tak hensem..jangan harap lah kan..awak?..

Bentuk badan Ektomorph ni ada kadar metabolism yang tinggi , perlukan diet berkalori tinggi untuk tingkatkan berat badan, cepat kehilangan lemak dan sedikit sukar untuk membesarkan  dan membentuk otot. Makan macam rimau tapi tetap maintain cekeding..

Zaman sekolah dulu,masa tukar baju selepas PJ atau masa mandi di bilik mandi ramai ramai, mesti saya malu..sebab badan cekeding, tengok kawan kawan berbentuk badan Mesomorph..mandi bogel, mandi pakai selaur dalam, buat saya jeles..jeles sebab badan diorang kelihatan  cantik, walaupun diorang tak lah buat exercise pun..tapi memang dah bodi diorang macam tu..otot besar n well tone badannya.

Saya pakai kain basahan dan..baju pun bukak bila dah masuk kat dalam..kesian kang?

Usaha untuk tambahkan berat badan tak pernah berhasil, minum susu weight gainer, ambik protein, makan aiskrim berbekas bekas…gagal…. hinggalah saya kawin..baru BMI saya normal, tapi berat tu adalah hasil lemak yang berkumpul di bahagian pinggang dan perut.. Orang yang berbadan Ektomorph yang boroi bukan lah satu pemandangan yang indah untuk di perhatikan yer.. saya insaf…

Mesomorph biasanya berbodi frame besar, tulang  besar dan berat, berdada bidang, pinggang berbentuk V, otot otot badan pun kelihatan besar,pejal dan kekar. Mereka boleh membesarkan otot lebih mudah dan kelihatan sasa dan sangat berotot ,kalau kena gaya latihannya. Tubuh idaman setiap orang lah ni..walaupun gitu, Mesomorph senang untuk kumpulkan lemak berbanding Ectomorph..jadi mereka kena berhati hati dengan pengambilan kalori. Tapi, kalau buncit pun , tak lah sehuduh Ektomorph..

Kawan kawan saya ada jugak berbadan comel..ehhh?..mereka ni tergolong dalam kategori Endomorph. Saya rasa orang berbadan Endomorph ni lebih bermasalh daropada golongan Ektomorph. Endomorph mempunyai bentuk badan yang bulat dan pendek, lebih mudah mengumpulkan lemak dan sukar nak hilangkan lemak, terutama di bahagian badan.kadar metabolismanya di katankan rendah. 

Masa kecil orang duk cubit cubit pipi, sebab kelihatan chubby dan comel..bila besar orang duk kutuk kutuk sebab gemuk..dan lah gemuk , pendek dan terserlah buncit boroi plak tu…kejamkan dunia?

Walaupun begitu, ramai yang ada kombinasi bentuk badan ni, ada yang ectomesomorph, endomesomorph..tapi ramai jugak yang sebenarnya berbentuk mesomorph tapi tak jaga, terus jadi macam endomorph..atau endomorph tapi jadi macam mesomorph. Ini semua kena rancang dan latihan yang bersesuaian untuk dapakan badan yang diingini.. contohnya..Ectomorph perlu lakukan senaman lebih kuat dan makan makanan berkalori tinggi berbanding mesomorph.

Jenis bentuk badan memainkan peranan untuk kita rancang bagaimana kita nak mendapatkan badan yang cantik..




Wednesday, May 23, 2012

OH MY ENGLISH




lupins in Oamaru..south island, NZ   *pic tak kena mengena...



Saya ada beli barang semalam, sampai rumah, bini cakap saya salah beli..Saya terus bergegas ke kedai  semula untuk tukar barang dan ambik yang betul..

Sampai di kedai, saya pun jumpa jurujual..perempuan awal 30 an..jurujual yang sama semasa saya beli barang tu

Cik, saya tersalah beli, saya nak tukar..boleh?

OO..Maaf ..Encik tak boleh tukar, polisi syarikat kami memang tak boleh..

Laaa..saya baru je beli kejap tadi kan, kotak saya tak bukak, resit masih ada..polisi apa  ni?

Barang baik memang tak boleh tukar encik..mintak maaf..

Barang baik?  Barang apa?

Meh sini..sambil ambik resit dari tangan saya…GOODS sOLD ARE NOT RETURNABLE AND REFUNDABLE…bacanya dengan Tganu accent..pastu tulong translate lagi..barang baik tak boleh di tukar atau dipulangkan..

Barang Encik beli tu barang baik kang..so memang dok buleh lah…

OH MY ENGLISH.....  goods = barang baik katanya..

Tu polisi kompani awak je kan…macamana hak saya sebagai pengguna?

Mintak maaf lah Encik..memang polisi kompani kami..kalau nak tukar jugak tu atas budi bicara jurujual lah..

Doh..awak tak nak guna budi bicara awak ke?

Errr..kalau Encik nak tukar jugak, Encik datang esok, sebab sistem kami tak boleh terima return pada hari yang sama…saya urus kan esok.

Pulak dah…

Tak kuasa lah datang esok untuk tukar puting rege RM 5.

Untuk tahu hak anda sebagai pengguna.. sila layari…  di sini







Saturday, May 19, 2012

kanser pangkal rahim

 REPOST:SEBAB ENTAH MACAM MANA ENTRY TAHUN 2006/2007 NI  JADI DRAF..


Sedih….kecewa…..kesian…..rasa nak marah sikit pun ada….dan juga sakit hati…..

Ehhhh..sakit hati tu pasal lain..off rekod.

Dua tiga hari lepas adalah makcik….umur dalam 40 an datang klinik…. 40 an ..panggil makcik erk???...makcik lah sebab dia nampak lebih tua daripada umurnya-mungkin sebab dia kerja kuat sangat atau mungkin sebab sakit yang buatkannya nampak macam orag tua……

Perasaan berbaur seperti di atas tu timbul bila makcik ni tak nak dirujuk ke hospital untuk pengesahan dan rawatan penyakitnya itu. Takut kena bedah katanya..dan nak cuba rawatan alternatif dahulu…memanglah pesakit ada hak untuk memilih rawatan yang ada tapi kalau untuk rawatan penyakitnya..langkah terbaik ialah rawatan di hospital….cakap orag tak nak dengar sangat makcik ni….datang klinik sebab nak di check dan ubat sajer….

Makcik ni datang sebab ada perdarahan tak normal dan nanah berbau yang kekadang keluar dari faraj. Dia juga ada sakit di bahagian ari-ari dan juga sakit ketika bersama suami…bukannya duduk dekat laki dah sakit yer..bersama yang itu lah….
Selain tu dia juga ada symptom kanser yang umum seperti tak ada selera makan, turun berat badan, rasa macam nak demam dan juga rasa letih…

Di fikiran DBI masa ni…alamak..makcik ni ada kanser kah????

Makcik ni belum lagi ada symptom yang menunjukan kanser dah merebak ke organ berdekatan macam usus dan pundi kencing atau sudah merebak jauh ke paru paru, hati ataupun tulang….

Setelah puas di pujuk…makcik ni bagi DBI buat pemeriksaan faraj..kalu ikutkan tak mahunya DBI buat tapi kalau tak buat macam mana nak dapatkan diagnosis penyakit….makcik ni pun satu..dah tahu malu..datang lagi jumpa Dr lelaki….DBI ok jer….tak jadi hal….

Setelah di periksa, ada macam ketumbuhan yang mudah berdarah pada pangkal rahim makcik ni…..tapi untuk sahkan apa sebenarnya penyakit ni..perlulah ke hospital untuk biopsi-ambil sedikit tisu dari ketumbuhan itu untuk di kaji…ni pun makcik tak nak pergi….

Tahu ker kat mana pangkal rahim ni atau cervix ni??.. kalau masa melahirkan anak..Dr akan check pangkal rahim nilah samada dah bukak jalan ke belum…jalan 3 cm..jalan belum bukak..atau jalan dah bukak 10 cm..pangkal rahim ni macam pintu yang pisahkan rahim dengan ruang dalam faraj…

Antara yang berisiko untuk mendapat kanser pangkal rahim ialah mereka yang yang ada sejarah keluarga yang ada kanser terutamanya kanser pangkal rahim, orang yang berhubungan sex pada usia yang muda dan dengan pelbagai pasangan, merokok, ada sejarah penyakit kelamin seperti jangkitan HIV, Chlamydia, atau pun Human papilloma virus-HPV dan mereka yang ada sosio ekonomi yang rendah-mungkin berkaiatn dengan hygiene rasanya…

Rawatan untuk kanser pangkal rahim bergantung kepada peringkat kanser tu..untuk peringkat awal biasanya pembedahan boleh dijalankan dikiutai dengan radioterapi dan kemoterapi..kalau peringkat lewat, rawatan bertujuan untuk mengurangkan kesakitan dan komplikasi yang timbul akibat kanser..

Oleh kerana kanser pangkal rahim ni kira ganas jugak…peluang untuk hidup selepas disahkan tidak tinggi. Tapi secara dasarnya jika peringkat awal dan dapatkan rawatan peluang untuk hidup selama 5 tahun lagi ialah sekitar 80-90 %...peratus menurun dengan setiap kelewatan peringkat kanser, hanya 15% untuk perigkat IV.

MACAMANA NAK CEGAH???

kena berwaspada dengan amalkan cara hidup yang sihat, jauhkan merokok arak atau pun seks bebas

pernah dengar pasal PAP SMEAR???...
ia ialah satu cara untuk screening kanser pangkal rahim. Sedikit cairan yang mengandungi sel diambil dari pangkal rahim dengan spatula kayu dan cairan tersebut di kaji…boleh kesan peringkat awal kanser-precancerous state.. dan rawatan ketika ini boleh cegah dari sel sel menjadi sel kanser.

Bila nak buat PAP SMEAR???...
Kali pertama ialah skurang kurangnya tiga tahun selepas kali pertama berhubungan seks…nak buat awal pun tak salah….selepas tu setahun sekali atau sekali dalam 3- 5 tahun, bergantung kepada keputusan papa smear terdahulu.

Sakit ker buta PAP SMEAR???...
Tak sakit..Cuma kekadang rasa sedikit malu sahaja..tu lah bagusnya gi jumpa Dr perempuan atau Dr yang kita dah kenal lama…

Kat mana nak buat PAP SMEAR???..
Biasanya di semua pusat kesihatan kerajaan ada sediakan perkhidmatan PAP SMEAR…di klinik swasta pun ada….

Jadi tunggu apa lagi????.....pi lah buat PAP SMEAR tu yer…..




Imunisasi/pelalian

99.7% kanser pangkal rahim hadir akibat oncogenik HPV…tapi tak semua pesakit yang dijangkiti HPV akan dapat kanser pangkal rahim..
Ada pelalian untuk mencegah jangkitan HPV…dengan harapan kanser dapat dicegah dengan pencegahan jangkitan HPV ini.. Nama pelalian tu ialah Gardasil dan juga Cervarix, ambil salah satu je…malangnya kerajaan belum mewajibkannya lagi dan belum lagi masuk dalam program pelalian kebangsaan macam rubella, Hepatistis B atau pun polio.

Siapa yang nak dapatkan suntikan ni, sila lah bertanya di klinik atau hospital swasta yang berdekatan.


Tuesday, May 15, 2012

bekam







Saya pergi kenduri kawin..biasalah kalau pi kenduri tentu jumpa saudara mara yang jauh, yang dekat, yang kenal,yang macam kenal dan juga yang tak kenal.. Sebenarnya saya sedikit tak gemar pergi kenduri sebab saya sedikit berdebar di khalayak ramai, tambah pula kalau ramai orang saya tak kenal.  Habislah air sirap saya minum, asyik asyik minum sebab nak cover nervous.

Tetiba ada seorang tegur saya…saya ingat ingat lupa tapi tetap buat macam kenal …akak tanya… Ni anak Mokwang kan..hok keje DR tu kang…tubbuhnye lening..mule… kuruh kering…  sempat lagi kena sebutir..

Akak nak tanya ni.. Bekam ni molek dok apa pendapat?..kalu molek akak nok wat etek.

Sebelum saya jawab saya nok tanya..perlu dok buat?.kenapa akak nak buat? Teknik melengah lengahkan masa sementara dok fikir nak jawab guaner.

Orang kata bekam ni untuk cuci darah kotor dalam badan, pastu lepas buat tu rasa segor..yer dok?

Pada pendapat saya bekam ni tak perlu. Saya tak nampak dan fikir bekam boleh cuci darah.  Badan kita memang dah ada sistem untuk pastikan bahan buangan yang terhasil, racun racun dalam badan di buang secara sistematik melalui pernafasan, perpeluhan, air kencing hasil tapisan di buah pinggang dan bahan kumuhan melalui sistem usus. Apa susah susah menyiksa badan buat bekam.

Betul tu tapi macamana kalau buah pinggang tak berfungsi dgn baik, akak pun dok berpeluh mana..berak pun sembelit..camner tu?

Itulah pasal..kita kena amalkan hidup sihat, makan makanan berkhasiat, buat senaman secara berkala, jaga kesihatan barulah fungsi dalam badan kita berjalan dengan baik dan pada kadar yang optimum.. bukan macam akak..berat akak berapa? Pastu malam malam nak tidur, masih nak kluar cari sup gear box..yer dok?

Hahaha..mung ni dok…dang lagi ngutuk akak…kawan akak kabor..banyak lah darah kotor keluar..beku berlendir lendir hitam..pastu lepas buat tu rasa ringan tubuh dier.

Memey lah kak…bekam ni yang saya tau, ada dua cara nak buat..

satu 

Bekam angin rasanya..diorang letak cawan sedutan tu kat badan..pastu diorang bagi tekanan yang akan lekatkan cawan sedutan tu ke kulit dan sedutlah..sebab ada tekanan, kawasan yang di letak cawan tu jadi lebam..lebam tu sebab salur darah yang kecik kecik di kulit tu  pecah..dan darah keluar ke kulit..mana darah kotornyer? Lebam lebam tu macamana nak hilang? Badan jugak yang berusaha untuk hilangkan lebam tu..bila nak hilangkan lebam tu..banyaklah bahan kumuhan badan kena buang.. satu kerja tambahan pulak kepada badan kita.

Dua

Saya tak tau nama apa..tapi sebelum diorang lekatan cawan sedutan tu, diorang cucuk cucuk kawasan tu dgn jarum.. bila diorang letak tekanan, akan keluar lah darah dari kulit melalui luka kecil yang dibuat tu. Darah ni kalau kat luar badan, dia akan membeku..bila membeku, darah akan jadi merah gelap kehitaman, selain darah beku, adalah lendir jernih kekuningan disekeliling darah beku tu..tu kita panggil serum..memang lah nampak berlendir dan kotor..sebab tu darah najis kan.. macamana nak kata darah  beracun je yang keluar…?pastu tetap lah lebam di tempat tu.

OOO..gitu, tapi akak tetap rasa bekam tu ada kebaikannya..zaman nabi pun dah ada bekam ni…dok gitu?

Tak tau lah saya, tapi saya tak rekomen lah…walaupun gitu, kalu akak rasa sesuai dan akak rasa sedap tubuh bila buat bekam..buat je lah..tak lah ia memudaratkan pun..badan akak kan..bukan badan saya..

Okay okay..guane pulok pasal rawatan medan elektrik tu..femes lening

Eh akak ni..saya dok makang lagi ni..saya makang dulu lah..


Thursday, May 10, 2012

cuti





langit saudi




Tadi ada seorang lelaki masuk jumpa saya… dia hanya nak mintak MC..dia tak sakit apa apa…Bagus jugak macam ni, terus kasi tau ..tak ader lah berdolak dalih reka penyakit..pastu saya pening pening fikir apa masalah nya sebab symptom penyakit tak berkenaan antara satu sama lain…padahal nak MC jer…buang karan sangat…

 Bukan MC hari ni, tapi MC untuk dua minggu yang lepas. 

Dia tak pergi  kerja dua minggu lepas sebab  pergi makan pulut aka kenduri kahwin rumah sepupu di Kuala Pilah.Dia dah ambik cuti rehat sehari, tapi biasalah bila dah berjalan jauh ni…terlajak hari pulangnya sehingga masuk hari kerja.

Boleh ke bagi backdated MC?

Dia beritahu , bos dia yang suruh dia mintak MC..untuk rekod pejabat, kalau tak ada MC gaji akan di potong…cuti tahunan tak boleh ambik sebab dah lebih koata dalam bulan ni..

Saya tak bagi backdated MC,..saya tak pernah pun merawat pesakit ni..lagi pun nak MC sebb ko pergi kenduri…perlu ke saya ambik kesah? Deal dengan bos awak lah cakap saya…

Pastu ada pulak akak Cikgu  ni datang, juga nak MC..masuk dengan suami dia..mereka ni memang selalu datang klinik dan saya dah kenal 

Seminggu yang lalu anak dia kena masuk hospital. Anak dia ni selalu jugak di bawa jumpa saya, dia ada tumour dalam otak, kira dah peringkat terminal..tak boleh buat apa dah, masuk hospital pun untuk rawatan sokongan aje- masuk air, bagi makanan ikut tiub, sedut kahak.

Ofkos lah akak tak pergi mengajar kan..anak ko sakit teruk  apahal ko nak pi mengajar anak orang lagi???keutamaan perlu ada..

Dr  kat hospital dah bagi memo kepada bos aka guru besar sekolah..tapi ader ke cikgu besar cakap memo tu tak laku..dapat sehari emergency leave, hari hari lain kalau tak ada MC dari Dr, akan dianggap ponteng tugas dan akan dikenakan tindakan. Tak ke haru tu?

Kesian kan..saya  tak banyak kisah..walaupun tak boleh backdated MC tapi kita ada budi bicarakan..takkan lah nak susahkan akak yang sememangnya susah ni..kena ada hati perut sikit..saya bagi je cuti 4 hari..dua MC , dua hari setiap satu.

Apa yang saya tak faham ialah sikap bos..bos dah tau bahawa pekerja bawahan mereka tak sakit..guna lah kuasa yang ada..tak payahlah nak susah kan pekerja nak pi mintak MC tang tak kena mengena.. Memang ada peraturan kerja..tapi sebagai bos, kenalah gunakan budibicara..sebab tu lah orang lantik awak sebagi bos. Macam yang pertama cakap je lah..sebab awak ponteng kerja..gaji awak kena potong..kalau tak nak kena potong lagi..jangan buat lagi..

Senang cerita macam tu kan?