Suami isteri pasti inginkan anak
lelaki dan perempuan sebagai pelengkap rumah tangga..macam lah jugak saya suami
isteri..teringin sangat anak perempuan setelah ada tiga lelaki kan…
Anak yang no tiga dah berumur 5
tahun lebih, tempoh untuk dapatkan anak perempuan semakin singkat, dah tak banyak masa sebab umur pun
bukannya makin muda. Jadinya ini merupakan percubaan terakhir dan harus di
lakukan sebaik mungkin…waktu menanam kena tepat, posisi, kedalaman tapak
semaian, kalau dalam sangat tak berhasil pulak, masa bila nak siram, jarak
setiap tapak semaian..sangat tektikal dan penuh dengan teknik…
Masa saya sedang rajin dulu saya
ada buat entry petua petua untuk mendapat anak lelaki dan perempuan…part 1,2,
3, 4 dan lima..klik sini, sini, sini, sini dan sini…
Semasa benih di semai..kena baca
doa ni…
![]() |
| Dan (Allah ) mengurniakan anak anak perempuan kepada sesiapa yang di kehendakinya |
Selepas bercucuk tanam, doa di
panjatkan tak putus putus untuk dapatkan hasil yang di kehendaki..solat hajat banyak banyak dan tawakal
Semaian berjaya setelah
bertungkus lumus selama beberapa bulan..
, yer makan bulan yer sebab warga kilauan emas polident kan..kesuburan tak
mengizinkan..
Sekarang kita tunggu dan lihat saja lah…walaupun ultrasound ada
untuk tengok jantinanya semasa dalam kandungan, kami ambil pendekatan tunggu
aje lah…baik tak tahu sehigga kelahiran dari pada tahu dan kecewa. Memang semua
anak anak macam tu, tak pernah scan untuk tengok jantina…biar surprise masa
kelahiran. Kuno sangat kan..org lain sipa ambik pic 3D, kita menolak untuk
tengok jantina…
Tapi kalau dapat anak lelaki
jugak, kami tetap redha..berani ke ko tak nak redha dngan pemberian Allah?
Jangan jadi macam pasangan di
Sydney ni
Mereka dah ada tiga orang anak
lelaki, diaorang buat IVF, untuk
dapatkan anak lagi, dengan harapan dapat anak perempuan, IVF berjaya, kembar ,
tapi bila scan dua dua bayi dalam kandungan ialah lelaki..terus diorang
gugurkan kandungan…kira bising jugak lah dalam berita sebab kira macam tak
bersyukur…orang lain bukan main susah nak kan anak, mereka senang senang aje
gugur kandungan sebab tak seperti yang mereka kehendaki.
Mereka tak berhenti di situ saja,
mereka telah merayu kepada tribunal untuk mereka buat lagi IVF tapi kali ni
mereka memohon untuk dibenarkan membuat gender selection. Mereka berpendapat
ibu berhak memilih anak apakan yang diorang mahu, dan mereka harus diberi
peluang untuk merasa bagaimana menjaga dan mempunyai anak perempuan.
Berhak lah sangat kan…berhak ke
kita nak dilahirkan berhidung mancung, bermata biru..hak siapa yang lahirkan
kita beragama islam, bukan kristian, siapa yang mempunyai hak untuk memberi
kita sepasang mata, sepasang mata dan satu hidung?..
Tribunal menolak rayuan pasangan
tersebut…tapi mereka dengan bangganya ingin meneruskan keinginan untuk gender
selection di Thailand
Gender selection ni ialah
prosedur untuk memilih anak lelaki atau perempuan di peringkat benih.. sperma
ber kromosom X akan di senyawakan dengan ovum ibu di luar, sperma Y di
musnahkan.. Tak banyak negara yang membenarkan gender selection, tapi ada juga
negara yang dah pun mengamalkan procedur ini. Autralia masih tidak membenarkan
gender selection di lakukan.
Golongan perubatan di dunia barat pun
bercanggah pendapat tentang hal ini, ada yang setuju dan ada yang tidak.
Pada saya ia adalah amalah
jahiliah dengan perlaksanaan moden..tak perlu lagi tanam bayi yang di kehendaki
hidup hidup , tetapi melawan kuasa Allah dalam penentuan jantina anak.


