Saturday, July 21, 2012

untung


Saya ada terima komen berbentuk pendapat dan soalan tentang post untuk rawatan darah tinggi yang saya buat dulu, man rahman beri pendapat panjang lebar, terima kasih untuk beliau, saya akan jawab seadanya berdasarkan beberapa isu yang di utarakan beliau..salah satu isunya ialah…saya ambik sebahagian dari k omen beliau..komen lain di entry yang lain..


saya amat tidak berpuas hati kepada doktor2 moden berpendapat bahawa penyakit kanser, darah tinggi dan diabetis tiada ubat... sedangkan menurut Rasulullah "Setiap penyakit itu ada penyawarnya kecuali tua dan mati"... Ini menunjukkan keadilan Allah, kerana apabila Allah menurunkan sesuatu penyakit pasti Allah akan menurunkan penawarnya... Sy kesal kenapalah ramai doktor2 yg pandai2 x dpt memikirkan fakta ini.. atau mereka sekadar berselindung demi mencari keuntungan..wallahualam..” 

Lebih 20 tahun yang lalu,saya hadir untuk temuduga keluar negara, tentunya buat medic lah kan. Seorang penemuduga tu tanya, awak tau pasal HIV AIDS tak?  Masa tu HIV AIDS baru ditemui, Rawatan pun masih belum ada, semua orang takut sampai nak duduk dekat orang ada HIV pun ketar lutut.

Penemuduga tu tanya lagi…pada pendapat awak, ada tak rawatan untuk penyakit HIV AIDS ni nanti.?

Saya sebagai bakal doktor moden pun jawablah…Allah menurunkan penyakit, Allah juga akan menurunkan penawarnya…Setiap penyakit ada penawarnya kecuali tua dan mati….gitu..sambil raba raba cari kupiah dalam sling bag…hehhehehe..
Semenjak itu, kajian,pengetahuan dan pemahamana  tentang HIV AIDS meningkat, dah ada ubat ubat yang perlu diambil pengidap untuk mengurangkan perkembangan pembawa HIV menjadi AIDS. Walaupun ubat untuk merawat belum dijumpai, usaha ke arah itu macam akan mendatangkan hasil. InsyaAllah

Samalah untuk penyakit kanser, darah tinggi atau kencing manis, setakat ini, belum ada ubat yang dijumpai untuk merawat sehingga penyakit sembuh, menurut kajian perubatan moden lah..Walaupun ada pengamal altenatif yang mendakwa ada pesakit yang di rawat hingga pulih..tapi ada bukti ke? Testemoni beberapa orang pesakit bukanlah boleh dijadikan sandaran..

Pengalaman saya merawat ni, ada beberapa orang  yang berjaya mengawal tekanan darah tingginya ke paras normal, tanpa mengambil ubat ubatan. Semasa di sahkan darah tinggi, beliau sangat tertekan sebab baru masuk 30 an dah ada penyakit.. beliau makan ubat, dan beliau ubah cara hidup.. memang susah nak buat, tapi kalau keinginan kuat, tak ada halangan yang tak akan diatasi.berat badan turun, cara pemakanan berubah, kurangkan stress, lakukan senaman secara berkala..beliau bersungguh sungguh dan mengekalkan cara hidup begitu sampai sekarang. Boleh buat tapi sangat susah untuk membentuk disiplin sebegitu

Perkembangan dunia perubatan moden hebat, walaupun tak sehebat perkembangan dunia IT.. banyak penyakit yang dulunya tiada ubat dan tidak difahami,telah pun boleh dibasmi. Penyakit cacar air telah pun di basmi dengan adanya imunisasi. Begitu juga penyakit kencing manis dan darah tinggi, ubat ubat yang lebih baik untuk mengawal penyakit telah pun ada di pasaran.Mungkin suatu hari nanti, adalah penyelidikan yang berjaya merawat penyakit tersebut.

Dalam apa bidang pun, Malaysia ialah negara pengguna.Kita tak banyak program penyelidikan, penemuan baru mahupun ciptaan baru.Yang kita tahu ialah guna dan buat cetak rompak..ehhh..Kurangnya penyelidikan ni berpunca sebab kekurangan dana..tak cukup budget, sabit tu lah penyelidikan banyak di lakukan di negara maju,negara yahudi dan kristian.Sabit tu jugalah ramai pengamal perubatan alternative dan masyarakat jumud ada mengatakan bahawa pengamal perubatan moden ni doktor yahudi. Yahudi yahudi lah, kalau yang baik, apa salahnya kan..

Pasal nak keuntungan tu, siapa yang nak rugi kan..tapi keuntungan macamana yang kita nak.? Keikhlasan semasa merawat, memberi rawatan yang optimum, membuatkan pesakit berpuas hati..itu keuntungan yang lebih penting, keuntungan material menyusul kemudian.

Saya bukanlah orang yang macam kawan mulut celupar cakap  semasa saya resign dan bercadang nak jadi GP..

Awoh mung..lepas ning hari hari lah mung doa supaya ramai orang sakit…

Friday, July 13, 2012

adab




Memberi salam ialah sunnah sejak Nabi Adam lagi, dan kita sebagai muslim dituntut untuk memberi salam antara satu sama lain. Berkata sekurang kurangya assalamualaikum bukan setakat ucapan salam tapi bertindak sebagai doa, sebahagian dari ibadah yang besar pahalanya. Salam hendaklah di ucap dengan jelas, dan menjawab salam pun hendaklah jelas..tak ada istilah jawab dalam hati yer

Ada adab untuk memberi dan menjawab salam, selain ucapan mesti jelas, adalah baik untuk yang muda memberi salam ke pada yang tua,orang yang bertandang member salam, yang tingalkan majlis memeberi salam dan beberapa lagi..

Pada saya, beri salam itu mudah je, ucap salam dengan jelas dan mesti pandang org yang kita beri salam tu..muka mestilah manis dengan senyuman..

Baru baru ni saya pergi ke sebuah sekolah berprestasi tinggi,..sekolah pun banyak kategori sekarang ni, prestasi tinggi  lah, cluster lah, sekolah gemilang lah..macam macam…yang penting UPSR murid murid dapat 5A lebih 50 0rang…exam orientated sangat sekarang ni…anak anak pi seminar, bengkel sana sini untuk UPSR.. zaman ko ade Izuan?

Saya harap trend sebegini tidak membawa kita seperti di Taiwan, HongKong mahupun korea, di mana pelajar yang gagal mendapat keputusan yang baik, jadi murung sehingga ada yang bunuh diri…masih banyak ruang untuk berjaya selain dapat warna melayang dalam peperiksaan..

Di sekolah berprestasi tinggi tu saya nampak satu banner seperti di bawah




Budaya memberi  salam kepada guru…reaksi pertama saya..biar betul…bila nmpak cikgu, 3 meter dah kena berhenti dan berdiri tegak, tunggu cikgu menghampiri..bila dah dekat, tangan kanan ke dada seraya ucap salam…wow..saya tertanya, ada ke murid yang ikut, dan kenapa menyusahkan perkara yang mudah…? Sejak bila letak tangan di dada semasa beri salam jadi budaya?

Lebih elok berjabat tangan atau bersalam ketika memberi salam. Adab bersalam pun ada yer..saya sangat bengang dan rasa nak lempang je kalau ketika bersalam buat sibuk pandang kelain..bagi saya, ketika bersalam, mata harus bertentang dan senyuman harus menguntum walaupun terpaksa..baru lah nmpak ada keikhlasan di situ…bukannya berpaling dan bercakap dengan orang di sebelah ketika bersalam dengan kita..

Orang arab siap peluk laga laga pipi lagi menunjukan rasa syukur dapat berjumpa, yang kita ni, masyarakat berbudi pekerti, berhemah tinggi, pandang muka pun tak nak...belah lah kau..ehh tetiba nk marah kat seseorang...off rekod.




Monday, July 09, 2012

air mata

Masjid Nabawi sebelum dibasahi hujan...April 2012




Saya kagum dengan orang yang mudah menangis.. kagum kerana menangis dengan penuh takwa..bukan menangis sebab Azwan Ali kena keluar dari masterchef celeburiti yer..tu dia mukadimah dengan pujian disulami kejian.

Ayah saya ialah salah seorang yang selalu menangis, berdoa lepas solat menangis, bagi nasihat kat anak anak supaya jadi orang yang lebih beriman menangis, dapat surat confirm boleh ke Mekah buat haji lagi, menangis…masa pergi umrah hari tu , jangan ceritalah, menangis hari hari setiap waktu solat…saya kagum..

Saya kagum jugak bila baca blog orang yang pergi Mekah samada buat umrah atau haji..sampai Jeddah, menangis penuh syukur, tengok masjid Nabawi, mengalir air mata, pertama kali ziarah makan rasulullah, menangis lagi..belum lagi tengok Masjidilharam, yang tu memang konfim menangis sampai basah kain ihram..ada jugak yang menangis di KLIA lagi, tak pun menangis masa kemas bag di rumah…over tak?....perasaan syukur di beri kesempatan ke tanah suci. Saya sangat kagum lagi…. 

Saya ada tanya ayah saya,macamana dan kenapa beliau senang sangat menangis sebegitu , tidak saya?

Ayah cakap, ianya bukan boleh dibuat buat, perasaan halus akan muncul dari sanubari, jauh di sudut hati,macamana perasaan tu muncul tu bergantung lah kepada individu..ketakwaan, keimanan, keinsafan, kesyukuran, keikhlasan, kusyuk antara perkara yang memaninkan peranan. Kalau berdoa tu kena faham dan bersungguh sungguh, biar rasa betapa kecilnya diri kita di sisi Nya. Bukanya berdoa, mintak macam macam tanpa ada rasa apa apa..berdoa hanya sekadar rutin lepas solat.

Mungkin saya belum ada semua tu..mana nak cari? Saya nak rasa perasaan sebegitu, nak rasa kesedihan atau persaan yang menyelinap dari sudut hati sanubari yang meruntun jiwa, mengalirkan tangis…

Jadinya semasa buat Umrah hari tu, saya berdoa supaya saya di beri peluang begitu..

Saya sampai Jeddah..tak nangis, hampir di tipu orang Arab ada lah…pertama kali nampak Masjid Nabawi..terasa wow tapi tak nangis, kali pertama sujud di Masjid Nabawi..bersyukur tapi air mata tak keluar..Dapat solat dan beriktikaf di Raudhah..tak ada rasa sebak tapi rasa betapa besarnya Allah maha kuasa..tapi tak perasaan kecil tu tak ada..degil sangat. Tinggalkan Madinah..sedih tapi tak nangis.

Sampai Mekah, MasjidilHaram depan mata, Kaabah tersergam indah..sangat kagum sampai tak terucap dengan kata kata, tapi mata tak pung ada air mata tubik...kenapa hati saya sangat keras.? Sekali lagi saya kecewa, tak ada rasa takwa, tak ada rasa insaf. Semua tak ada..atau mungkin ada lah sikit tapi tak cukup untuk mengusik hati kecil

Banyak tempat saya rasa saya patut rasa berperasaan sebak, atau terharu kesyukuran, tapi apa yang saya rasa tu tak kesampaian..walaupun begitu ada tiga tempat di mana saya rasa sebak dan ada air jernih di kelopak mata..perasaaan yang saya doakan..bersyukur kerana dapat jugak saya rasa apa yang orang rasa..

1.       Kali pertama saya lihat Makam Rasulullah, perasaan kecik dari hati memenuhi dada dan kepala, saya rasa bersyukur berada tempat tersebut, bersyukur di beri kekuatan untuk datang,saya sedih sebab saya tidak berada di zaman baginda, rasa diri sangat kerdil dan rasa Rasulullah sangat dekat di hati..air mata menitik, sebak

2.       Ketika selesai solat di Hjr Ismail… saya sentuh dinding kaabah macam ramai jemaah buat..saya sebak dan tak semena air mata mengalir..bila beritahu akak..dia cakap…mazhab kita tak galakan sentuh dinding dan kain kaabah..ooo..yer ke? Saya pi tersedu sedu plak di situ…

3.       Semasa berdoa di Maqam Ibrahim..tetiba sebak tak boleh nak baca doa yang tertulis dalam buku tu..



 Saya bersyukur sebab dapat rasai seperti yang orang rasai..



Sunday, July 01, 2012

Rekod kedatangan Jun



Rohani

Subuh  4/30 

Zohor   12/30   

Saya kecewa sebab geraf untuk solat subuh dan zohor berjemaah merundun sangat...saya tau puncanya tapi saya tidakbengkit melawan punca seebnarnya...fail miserably..

Mengaji  16/30  

mengaji memang tak buat hari hari tapi semalam saya perasan saya dah berada di muka surat 185...secara purata untuk 6 bulan pertama tahun ini, saya dah baca lebih satu muka surat lebih sedikit sehari..yeay..capai target..tahniah untuk diri sendiri...yeay lagi sekali

Puasa  3/9 – kena kuatkan semangat untuk bulan julai.


Solat Duha 18/30 alhamdulillah, mintak di murahkan rezeki, senang hidup dunia akhirat


Jasmani


Gym  6/8  kali rasanya dah okay tu, kena kuat kan intensity je lagi..



kolam renang hotel permai, kuala terengganu


Berenang 2 kali, di kolam renang di atas pada waktu tengah hari, sendirian, saya suka kolam ni sebab sangat bersih, tak ada habuk pun di dasr kolam, dan klorin sangat minimal smpai tak terasa...well done hotel permai..


ada orang tanya...saya berenanag pakai swimming trunk kah?...hahaha..saya tak se daring itu...saya pakai board short menutupi lutu..tapi pusat tak tutup..



Sit up dan push up bangun pagi, sebelum mandi petang, dan sebelum tidur...