Wednesday, August 29, 2012

kanser hati



Kira kira 5 tahun yang lalu, pada awal tahun 2007, masa tu saya bersiap siap untuk ke Australia..(tetap nak mention ni)..ada seorang ibu membawa anak beliau berjumpa saya di klinik.. beliau mengadu, anaknya  yang berumur dua tahun macam tidak bermaya dan berperut buncit. Takut ada cacing katanya.

Ya, perut anak akak ni memang buncit, tapi bukan sebab cacing, perut tu besar dan kelihatan buncit sebab hatinya besar dan keras. Saiz hati yang normal tidak dapat kita rasa, tapi kalau dia membesar, kita akan dapat rasa sesuatu yang keras di sebelah bahagian kanan perut, dibawah rusuk terakhir di dada.

Pada pemeriksaan saya,  hati yang besar dan  keras tu berpunca akibat ketumbuhan di hati. Saya rujuk anak akak ni ke hospital berhampiran. Bila saya rujuk kes sebegini ke hospital, saya terigin lah tau apa jadi seterusnya, tapi seperti biasa, menunggu surat maklum balas dari hospital, baik tak yah tunggu, haram nak ada maklumbalas, akak ni pun lepas tu hilang..saya tak tau apa cerita selepas itu…so cerita tentang adik ni menghantui hidup..hahaa over dok?

Selepas lima tahun, saya dah pun balik dari Australia- tetap..akak ni datang klinik saya bawak anak dia yang lain..saya tak ingat akak ni tapi mujur ada kad rawatan klinik , bila terbaca tu baru saya teringat. Semasa saya tiada tu, selalu jugak akak ni datang untuk dapat rawatan anak2 yang lain, tapi anak yang saya rujuk tu tak pernah datang..saya ingat dah arwah.

Akak tu pun cerita…

Lepas saya rujuk anak akak ni kehospital, dia tak terus pergi, tapi pergi mintak pendapat kedua dari bebrapa orang bomoh, ada lah dalam 4 bulan dalam rawatan daripada pelbagai bomoh, Bomoh cakap ada entiti yang menumpang dan sebati dalam tubuh adik ni..tapi selepas rawatan, ketumbuhan macam tu jugak, tak ada perubahan.

Kalau berbincang dengan pesakit pasal bomoh, saya mengiyakan saja, sebab keyakinan dan kepercayaan pesakit terhadap bomoh ni sangat tinggi, malas nak gaduh gaduh…lagi pun pesakit memang ada hak nak dapatkan rawatan macamana dan daripada siapa, kita janya boleh bagi pilihan rawatan yang ada.

Selepas 4 bulan, akak bawak anak kehospital, setelah berbincang dengan saudara yang ada kerja dalam bidang jururawat, terus anak akak ni di rujuk ke Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut. Anak akak ni, menjalani rawatan kimoterapi untuk kecilkan ketumbuhan tu, selepas tu menjalani pembedahan untuk buang ketumbuhan hati tersebut, semua hati sebelah kanan di buang sebab semua dah ada ketumbuhan.

So sekarang anak akak ni sihat walafiat, cuma perlu ke Kuala Lumpur setahun sekali untuk jumpa Dr.

Di kesempatan ni, saya nak ucapkan terima kasih lah, sebab dr susah payah pujuk saya , suruh wat gi hospital..kata akak tu lagi..

Alhamdulilalh saya mendengar..bangga jugak saya, walaupun saya tak buat apa apa.

I love my job..*tetiba.


Wednesday, August 22, 2012

Ganu kiter- acar pisang




Salah satu lauk pauk terenganu yang saya suka ialah acar pisang muda, ia lebih kepada pembuka selera, cair air liur bila tengok dan terus membangkit selera untuk makan.

Saya rasa acar pisang muda hanya ada di Terengganu atau mungkin di kelantan jugak, sebab saya tak pernah jumpa atau ternampak di tempat lain.

Bukan sebarang pisang yang boleh di gunakan, hanya pisang tenggala saja yang sesuai, pisang ni banyak biji, kita kena pandai pilih semuda mana kita nak ambik untuk buat acar ni, kalau terlalu muda, acar pisang jadi lembik, kalau dah terlebih , biji dalam pisang dah keras, tak best lah jadinya..yang sesuai tu bila dah jadi acar, bijinya masih lembut dan boleh digigit begitu saja , ala ala melts in your mouth gheetiew..haha berdo`oh.

Ianya bukan acar mentah tapi di masak dgn bahan tertentu, Saya tak tahu resepi sebab saya pandai makan aja apa yang mak saya masak, tapi rasanyanya masam, manis pedas dan kelat pisang muda.kalau nak resepi nanti saya tanya mak saya.

Pisang muda tersebut di potong tapi tak putus, supaya kuah acar tu mesra sampai ke dalam..



nmapak tak pisang di potong tapi tak putus tu..macam di kelar

Monday, August 13, 2012

peringatan untuk diri sendiri







 1- Senyumlah… Sesungguhnya apa yang bebankan atau menyusahkan kita, adalah untuk membahagiakan kita.


2- Apa yang Allah SWT ambil dari kita adalah akan dianugerahkan di Akhirat kelak.


3- Apa yang Allah SWT menyebabkan kita menangis, adalah kerana Allah ingin melihat kita ketawa di akhirat kelak.


4-Apa yang Allah SWT haramkan untuk kita adalah supaya kita mendapat kebaikkan daripadanya.


5-Apa yang Allah SWT turunkan atau timpakan bala adalah tanda Allah SWT mencintai kita.


Thursday, August 09, 2012

lesen




Saya memandu ke opis dalam keadaan mengantuk hari ini. Saya hampir kemalangan, bukan disebabkan saya mengantuk tapi berpunca daripada akak  manis yang tetiba menukar lorong sedang saya ada disebelah.
Akak di lorong kiri, tetiba menukar lorong ke kanan tanpa signal, nasib saya sempat tekan brake. Dii lampu isyarat di hadapan, saya berhenti sebelah kereta akak manis, dan berpaling untuk melihat akak manis ini, benar benar manis atau manis kelat rupanya…

Saya di cerelong akak manis..wah..dia yang buat silap, kita pulak di cerelong, ingin saya menunjuk jari hantu saya, tapi mengenangkan bulan puasa dan akak ni seorang perempuan yang lemah, niat itu kekal tanpa pelaksanaan. Lagi pun saya baik dan berhemah, mana boleh tunjuk jari hantu..ye dok? Jadi saya pun tersenyum sinis.


CERELONG ialah perkataan tganu untuk merenung tajam tanda marah dan untuk menakutkan pihak lawan. Tapi kalau dah perempuan yang cerelong..perlu ke saya takut..

Agak kerap kita tak bagi signal bila menukar lorong, dahlah cermin sisi dan belakang tak tengok, head check pun tak ada nak buat. Saya tau kena buat head check ni pun, masa nak ambik lessen memandu di Australia hari tu.


gigih tak ? percubaan menutup identiti






Yer, saya ada lesen memandu Australia, sebenarnya jika kita ada visa sementara, kita boleh je guna lesen memandu dari Malaysia (dengan English translation). Boleh mintak di Pejabat JPJ untuk English translation ni, bayar RM 10..

Saya dah memandu lebih 20 tahun dan masa ambik lesen Australia tu..saya gagal 3 kali..kali ke empat baru lulus..haram betul VICROAD..silap sikit terus gagal. Kali pertama gagal sebab tak buat head check semasa menukar lorong… When it is safe, change  to the right… Saya bantai kasi signal, tengok cermin belakang dan sisi, terus tukar lorong….FAIL..NO HEAD CHECK…

Head check ni ialah menoleh ke sisi sambil mata mengerling kebelakang sedikit.. kalau nak ke kanan, menoleh kekanan.. ini untuk menghilangkan titik buta yang ada pada cermin sisi.. baru lah tak terjadi macam saya dan akak manis cerelong tu.

Gagal yang kedua sebab saya speeding, bawak 61km dalam zone 60 km/jam, yang ke tiga sebab saya lambat sangat nak bergerak di lampu isyarat.

Sebab saya ada lesen memandu Australia lah jugak saya kena berhemah..walaupun orang Australia sendiri bukanlah berhemah mana ketika memandu..

Agak agak bila lessen dah expired nanti, bolehlah saya memandu macam orang tganu memandu…


Monday, August 06, 2012

bubur lambuk

bubur lambuk mak saya


Saya suka bubur lambuk, keluarga saya yang lain pun suka, setiap bulan puasa, mak mesti buat sekurang kurangnya sekali..tahun ni setakat ni, mak dah masak dua kali..mak suka lah masak sebab setiap kali dia buat, habis licin bubur lambuk, tak tinggal langsung.

Saya suka bubur lambuk mak saya sebab banyak daun kayu, ulam ulam kampong yang mak letak. Pada saya, bubur lambuk yang menepati selera mestilah banyak sayur atau ulam ulaman di dalamnya, tambah lagi kalau ulam ulam kampong.Ulam ulam ini memerikan rasa yang lebih berperisa kepada bubur lambuk

Saya pernah makan bubur lambuk yang diorang letak karot, bunga kobis, kentang, kobis dan celery , rasanya sangat lain dan sangat tidak menepati selera saya,dan terasa makan sup sayur nasi lagaknya…. bubur lambuk harus banyak ulam ulam rencamnya, sebab bubur lambuk tanpanya hanya lah seperti bubur nasi berempah…jangan sekali kali panggil bubur lambuk.dok pun panggil je nasik air.

Bubur lambuk yang di masak mak saya ini, menggunakan ulam ulam dan daun sayur kampong yang banyak tumbuh di sekitar rumah.Sayur yang paling saya suka dan harus ada ialah pucuk paku midin- pakis yang warna merah yang banyak tumbuh melata di tepi jalan kampong di kuala Terengganu ini.Pucuk paku biasa , daun kadok, daun kesum, pucuk daun ubi kayu, pucuk daun keledak, pucuk daun labu, kemangin, pucuk pokok ulat bulu, pucuk pokok lampin budak, dan baanyak lagi…semua ulam ulam kampong boleh je di campak dalam bubur. Ubi yang biasa di letak ialah ubi keledak, bukan ubi kentang, labu peringgi pun boleh letak..


jemput makan.

P/S: abaikan manglul hidangan yang tak bersih..berjeluah dengan bubur lambuk..:-)

Wednesday, August 01, 2012

rekod kedatangan Julai




Rohani

Subuh  5/31 

Zohor   18/31 

Mengaji  17/31  

Puasa  0 –puasa ramadan tak kira..

Solat Duha 20/31


Jasmani


Gym  6 kali

Berenang  3 kali