Wednesday, January 09, 2013

kolesterol



ini ialah contoh meal untuk supper saya..omelet tiga telur, sebiji tomato,dua  pisang sebiji epal dan segelas susu rendah lemak..SIHAT tak?hahhaa




Cuti sekolah dah  habis, musim cuti macam ni selain sibuk dengan kenduri kawin, potong lembu, anak jantan pun ada acara potong diorang sendiri..dok? Selepas potong mesti mak bapak diorang tanya nak pantang makan apa ni Doc nak kasi cepat baik..


Sejak zaman dulu, kalau bersunat mesti berpantang makan agar luka cepat baik..walaupun teknik bersunat zaman tok mudim dulu dulu dengan zaman sekarang dah berubah kearah kebaikan dan lebih bersih, bab pantang tak pernah berubah. Mesti nak making ikang panggang, nasi putih dan kicap sahaja..telur,daging, ayam memang tak nak ambik takut bernanah..


Bersunat ni kira luka kecil je pun..jadi berpantang makan, makan ikang haruan sangat tidak perlu, tapi saya   malas nak bertekak sebab kepercayaan tu dah sebati dengan jiwa orang kita..Jadi jawapan  cerekarama saya berbunyi, 


“Tak berpantang pun tak apa, tapi kalau nak berpantang pun ikut suka lah..ikut kepercayaan masing masing…”..kebanyakannya memang nak pantang pun, saja je tanya saya..


Samalah jugak kalau datang check, tetiba ada kencing manis atau darah tinggi, soalan pertama yang di tanya ialah..Doh Doktor, makanang mende hok dok buleh making ni…?    


Sama lah jugak dengan yang ada kolesterol tinggi dalam darah…apa makanan saya kena elak…Jarang sangat nak bertanya makanan sebagaimana saya harus makan..


Jadinya sebagai pembuka tirai 2013 ni saya pun rajin lah nak buat cerita pasal makanan yang patut di makan untuk menurunkan paras kolesterol…


Oat dan makanan tinggi serat 


Makanan tinggi serat seperti  buah buahan dan oat mampu menghalang penyerapan kolesterol  jahat  LDL di usus kecil. BIla LDL kurang di serap, paras kolesterol akan rendah dalam darah. Seeloknya ambik 10 gram oat atau serat sehari. Satu setengah oat, bersamaan dgn 6 gram fiber, tambah lagi sebiji dua pisang atau epal..sudah mencukupi.


Ikan dan Omega-3

Ikan ada kandungan omega 3 yang tinggi, antara yang paling tinggi ialah ikan salmon, mackerel, tuna dan sardine. Ikan tempatan seperti ikan termenung, ikan jaket, ikan kembong saya rasa tinggi jugak..Cuma kurang kajian yang di buat je..
Omega 3 dalam ikan akan kurangkan LDL dalam darah, tingkat HDL- kolesterol baik dan kurangkan paras triglyseride- sejenis lemak yang tak elok dan boleh menyumbat salur darah.


 Kekacang

Lagi sekali kacang orang putih yang glamer..walnut, almond, hazel semua mmpu turunkan kolesterol..pistachio pun boleh..saya rasa kacang tempatan macam kacang tanah, butir jambu golok pun mampu..
Kekacang ni tinggi kalori, jadi makan sikit sudah lah dalam 1.5 aun..timbang lah sendiri banyak mana..lepas tu jangan lah pulak makan kacang tambah garam ke campur gula ke..tak guna lah makan kacang kalu macam tu


Minyak Zaiton

Minyak zaiton dara sangat bagus.memang yang dara ni orang cari  dan terbaik lah.. minyak zaiton ni mampu turunkan LDL dan tinggikan HDL..biasernya minyak zaiton digunakan untuk dressing..tapi nak mudah amalkan minum sesudu minyak zaiton setiap hari. Minyak zaiton tak digalakan untuk  menggoreng sebab ianya sensitif kepada kepanasan..khasiat hilang .lagi satu mahal kan minyak ni..mampu ke nak guna utk menggoreng.


Sayur sayuran

Selain serat yang ada dalam sayuran,ada bahan yang lebih penting yang boleh menurunkan paras kolesterol. Bahan dala sayuran dan tumbuhan hijau ni ialah stanol dan sterol. Kandungan nya dalam sayuran hanya sedikit..jadi adakal kena mengunyah 5 kilo kangkung sehari?..kambing sangat kan..Mujur lah ada orang yang jumpa cara untuk perkuatkan makanan seharian kita dengan stenol ni.. antara makanan yang di perkuat stenok ialah margerin, yoghut dan jus buah buahan..banyak lagi..kalau pi shopping grocery..baca lah ingredient tu dan carilah makaan yang diperkuat stenol.



Walaupun begitu..mengamalkan cara hidup sihat, senaman yang regular., pola makanan yang teratur juga memainkan peranan masing masing..



 

9 comments:

~dalamdiri~ said...

mana butang like?
berguna + kelakar, saya suka

Al-Manar said...

Saya ingat satu masa dulu ( lebih kurang 30 tahun dahulu) doktor larang makan telor. Ini sampai tiga biji sekali makan oleh doktor sendiri, yang mana nak percaya? Telor ayam 'kampong' atau yang 'bandar'?

Al-Manar said...

Saya ingat satu masa dulu ( lebih kurang 30 tahun dahulu) doktor larang makan telor. Ini sampai tiga biji sekali makan oleh doktor sendiri, yang mana nak percaya? Telor ayam 'kampong' atau yang 'bandar'?

Noni said...

Dah lama tunggu entry panjang DBI. Hehehehe... Terus semangat nak amalkan pemakanan sihat, kan.

Happy Ney Year, DBI and family!

fazlina said...

Dr.. info yg sgt berguna.. dr sy nak tanya kenapa slps makan (nasi atau buah berkulit) saya rasa mcm tercekik wlpn selepas 5 jam masih lagi terasa.. sy minum air sbb sy ingat mcm makanan tu tersekat di dada... tetapi masih lg rs tercekik.. ker makanan yg saya makan tak hadam ?? plz help me dr..

DBI said...

DD- u pndai ltk tak button like tu?..saya malas nk buat.kalu u rajin,,tulun buatkan.:-)

pakcik- i need protein and eggs is a good and cheap source of protein..will story about egg later..kalu rajin lah..:-)

happy new year NOni

fazlina- saya di sini tak boelh nak kasi diagnosis..kena jumpa Dr berdekatan,,so boleh dia periksa n buat sesuatu..sementara tu cuba google..reflux eosophagitis, oesophageal spasm, achalasia,oeshophgeal stricture, peptic ulser disease...semua tu ada symptom mcm yg awak ada..sila lah jumpa Dr untuk sahkan ,,,

aking said...

makang kangkung sapa 5kg takut kekgi dok lumat, kuor balik*lari sebetor*. hehehehe

fazlina said...

tq Dr..

~dalamdiri~ said...

xreti gok,,,