![]() |
| telur separuh masak |
Pakcik Hassan tanya....
Saya ingat satu masa dulu ( lebih kurang 30 tahun dahulu)
doktor larang makan telor. Ini sampai tiga biji sekali makan oleh doktor
sendiri, yang mana nak percaya? Telor ayam 'kampong' atau yang 'bandar'?
Sejak dulu dulu lagi, telur akan jadi pilihan pertama untuk
pantang , luka akan bernanah kalau makan telur, konek bentan kalau makan telur
lepas bersunat, kalau eczema kulit, telur jangan di makan, kalau tak eczema tak
baik..
Telur selalu jadi kambing hitam.. , sian ke telur… dok?
Mitos sangat tu…
Sejak dulu lagi juga, telur memang di ketahui ada kandungan
kolesterol yang tinggi, boleh sebabkan risiko sakit jantung..itulah satu
keburukan yang selalu di war war kan sehinggakan segala kebaikan telur orang
tak pandang.
betul lah orang cakap..satu
kejahatan boleh buat hilang kebaikan yang kita lakukan selama ini..
Saya perlukan protein yang tinggi, telur ada sumber protein
yang tinggi, sebiji telur ada 6 gram proteinberkualiti tinggi…sumber protein
yang murah pulak tu, selalunya saya ambil 3 telur ayam kampong-kalau ada stok- separuh
masak di waktu pagi, dan omelet tiga biji telur ayam bandar sebagai supper. 6
biji telur sehari saya rasa cukup ..Ada
kawan kawan kat Gym ambil antara 10-15 biji telur sehari.
Kalau kita makan telur ayam banyak banyak ni adakah ia memberi
masalah kepada ayam ayam?..kita pakat
ajukan soalan kepada akak saripah kita yang fofuler sekarang ni..nok?
Memang di ketahui, kuning telur ada kandungan kolesterol
yang tinggi, tapi kalau kita makan kuning telur dalam jumlah 2-4 biji sehari,
ianya tidak akan menaikan paras kolesterol dalam badan kita. Saya ambil lebih
sebab saya bersenam hari hari..kolesterol yang di ambil tu akan di gunakan
jugak akhirnya..
Selain sumber protein
yang murah dan tinggi .
Apa lagi
kebaikan telur?
Telur memberikan mineral dan vitamin yang tinggi..telur
merupakan satu satunya sumber VIt D dari makanan..Sumber Vit D biasanya dari
cahaya matahari pagi kan. Vitamin lain yang ada ialah Vit A, E, K dan juga
perbagai Vit B.
Ada tiga belas jenis mineral dan garam galian yang di
bekalkan telur untik badan, antarnya kalsium, potassium, zat besi, selenium,
magnisium
Kuning telur ada Caratenoid yang penting untuk kesihatan
mata. Risiko untuk katarak pada mata akan bila kita makan telur selalu.
Orang yang makan telur akan mengurangkan risiko untuk dapat
breast kanser sebanyak 48%. Di dapati choline dalam telur memainkan peranan.
Memang ada kajian yang dilakukan menunjukan pengambilan
telur tidak meninggikan risiko untuk serangan jantung, sebaliknya dapat cegah
serangan jantung, salur darah tersumbat dan angin ahmar. Sekali lagi choline
yang banyak terdapat pada kuning telur memainkan peranan mengurangkan risiko
ini.
Telur juga akan menyebabkan rambut dan kuku kelihatan sihat
dan subur..sulfur dalam telur memainkan peranan di sini..Sapa yang rambut gugur
dan ada kuku yang namapk tak sihat tu, boleh lah cuba amalkan makan telur
seadanya.
Selamat makan telur.

15 comments:
salam doktor. bagaimana pula risiko jangkitan Salmonella enteritidis apabila makan telur separa masak?? sesetengah orang cadang makan telur masak sepenuhnya. ke hanya di US sahaja yg kene berhati-hati?
patutlah putih telur elok untuk kulit, telur ada vit D rupanya :)
ms- risk tu ada, tapi untuk seorg yang sihat , jangkitan salmonella mungkin sebabkan sakit perut sehari dua dan baik sendiri, ..saya tak cadangkan utk di beri pada kanak kanak atau org tua atau org yang ada sisitem thn badan yang kurang..yang ni makan telur rebus smpai masak..
As- hehe..vit D emmenag boleh elok kan kulit seperti vitc dan vitE, fungsi utama vit D ialah untuk kawal keseimbangan kalsium dan phosporus
As salam tuan doc! baru lega rasa lepas penerangan tu. saya ambil dua separuh masak tiap pagi sebab perlukan tenaga di gym. tu pun ngigil giler takut paras kalostrol mencanak tinggi. tahniah atas body yang cantik tu! dah nampak ke 6 ketoi tu?
Salam doc..
setahun lepas sy ada buat health screening..kolesterol sy 5.2..tahun ni sy check lagi, sudah naik 6.45..sudah out spec kn doc? perlu ke sy makan ubat selain dpd jaga pemakanan?
pena- malu plak sbb body biaser2 je..dok cantik pun..baru seketui..
yuni- saya rasa perlu mkn untuk few month, kena bersenam jugak, jaga makan secara berterusan
tadi baru beli sepapan telur
hmm nampak gayanya cepatlah habis telur kali ni
selama ni percaya tak elok makan telur hari2.
Wah..baru tahu..Selama ni saya tak puas hati suami selalu beli telur banyak2. Anak nak makan tiap hari pun saya sekat, telur kuning tak bagi.Dan saya sendiri pun takut2 nak makan telur. Tergiang2 kat telinga saya makan telur takleh lebih 2 biji seminggu. tq doc.
Dr, kalau org yang tak pegi gym macam saya, tenaga cuma guna masa kerja dan buat kerja rumah saja, berapa biji telur maksimum selamat dimakan dalam seminggu?.tq.
ok utk masa skrg, telur lagi muroh dari suppliment. unless kak pah kita nok jadi tokey telur plok*ops ikhlan*...so saya makang telur je la ye dbi..tema tahung ni KATANGGGGGGGGGG!!*yo yo je ni*
Saya suka makan telur.. Tapi selalunya telur goreng mata kerbau laa.. Telur rebus separuh masak ni tak boleh nak masuk.. hehe...
rainini n dalam diri..
putih telur ada protein tinggi-no limit/day, kuning telur tu 2-4 biji sehari okay lah..tapi kalau u mmg dah ada tinggi kolesterol..kena lah hati hati jugak
kapitan- yes katang katang katang..u angkat besi u katang..LOL
cA- goreng tanpa minyak la
Terima kasih beri penerangan panjang lebar kepada pertanyaan saya. Ramai orang manafaat dari jawapan itu.
Dalam post terbaru ada pula cakap pasal 'active eye' . Kalau boleh jawablah - dirumah saya atau dirumah ini.
Salam Doc...
Saya nk tanya.. ada satu pagi saya makan telur separuh masak satu biji je.. lepas makan rasa pening jer mata.. pastu ada rasa sakit2 kepala.. tp kalau makan telur dengan nasi goreng yang telurnya betul2 masak x rasa pulak sakit kepala.. adakah itu tindakan dari kolestrol di dalam badan?
pakcik- no worries
anon..tak de kaitang dgn telur, kolesterol tinggi tak ada spesifik symptom
Post a Comment