Makan telur selepas pembedahan akan
menyebabakan luka pembedahan bernanah dan lambat baik...mitos atau fakta?
Setelah saya buat entry pasal telur, saya pun update status
kat facebook saya yang berbunyi seperti di atas..terkejut? saya pun ada Fb
jugak yer..haruslah ikut pekembangan IT..twitter saya tak ada sebab saya rasa
tak ada orang nak follow saya.
Ini antara respond yang saya terima…
payah nak cakap. Medically takde
pantang larang... Tapi kalau tanya orang-orang tua, memang kena berpantang....
mitos. takde kena mengena dgn
luka pembedahan. Confirm
Fakta.., coz i bru jer operate...
D sebabkn luka dlaman x nmpak... Lpas sminggu mkn telur... Rasa cam dh sihat
punya pasal... Hasilnya tmpt operate berdenyut n bleeding kembali
Abg ad bt operation apendiks, dia
mkn telur n xmau ikut ckp mak hbs bernanah..
aku buat operation alhamdulillah
takdak apa-apa effect..... Tapi rasanya mungkin ada betul orang tua suruh
berpantang, berdasarkan pengalaman diaorang, bukan sekadar cakap kosong
rasanya....
Telur tu protein kan. protein
digunakan untuk membentuk tisu dan ototkan. saya pernah dibedah appendix n gall
bladder stone. doktor galakkan makan telur sebab sumber protein tapi cuma PUTIH
sahaja. sekali tu sengaja saya hentam makan dengan kuning ... tu dia kooo ...
gatal yang amat kat tempat bedah tu. ingat ye. PUTIH sahaja
mmg betol pun..mkn la sup
belut..bru cepat sembuh..pastu mkn telur byk2 bler da sembuh..
Fakta...nk cpt elok,jgn mkn.
Banyak pendapat, tapi pada
saya..jangkitan pada luka atau luka bernanah atau jahitan terbuka sebelum
masanya tak ada kaitan dengan makan telur atau tidak.. kenapa telur selalu di
salahkan saya tak tahu.
Manusia makhluk tuhan yang indah… tubuh badan
kita ada sistem untuk baiki apa yang rosak, proses apa yang tak baik agar tubuh
sentaisa berada dalam kesimbangan.Banyak faktor mempengaruhi luka untuk sembuh dan makan telur bukan salah
satu yang melambatkan proses untuk sembuh.
Saya bagi 5 faktor yang
mempengaruhi luka sembuh cepat atau
lambat atau dijangkiti kuman dan bernanah
Gemuk
Bukan nak kutuk orang gemuk, tapi
begitulah realitinya.. kegemukan
sebabkan perdarahan lebih banyak semasa pembedahan, lebih banyak
manipulasi berlaku, gangguan kepada aliran darah ke tempat luka semas a proses
nak baik, mengurangkan pergerakan pesakit selepas pembedahan, risiko untuk jahitan
terbuka tinggi. Semua tu sebabkan luka lambat baik
Jenis luka
Ada banyak jenis luka pembedahan
atau luka akibat cedera..ada luka yang kotor, ada luka yang bersih.. Luka
pembedahan di abdomen dan usus kotor berbanding luka pembedahan di tangan..jadi
lebih terdedah untuk jangkitan dan bernanah.Luka kemalangan jalan raya lepas
tu masuk longkang lebih terdedah kepada jangkitan dan lambat baik berbanding
luka terhiris jari di dapur. Luka pembedahan bersalin kurang risiko bernanah
berbanding luka pembedahan apendik yang dah pecah bernanah. Pembedahan yang
lama berjam jam lebih berisiko untuk lambat baik berbanding pembedahan yang
makan masa pendek.
Penyakit
Orang yang ada penyakit kronik,
seperti kencing manis, kegagalan buah pinggang, kanser ada risiko untuk lambat baik lukanya..tak
kira lah dia makan telur ke tidak. Banyak Faktor mempegaruhi antaranya, sistem
pertahanan badan, pengaliran darah yang terganggu, tahap pemakanan bagi pesakit
kronik, ubat ubat yang di ambil.
Ubat
Orang yang ambil ubat
chemoterapi, steroid akan berisiko untuk luka lambat baik..begitu juga dengan
perokok dan peminum arak..kalau dah ada luka besar besar tu..sila lah berenti
merokok atau berenti minum sekejap.
Tahap pemakanan
Proses untuk sembuh perlukan
pelbagai nutrisi, protein, karbohidrate, lemak, mineral dan vitamin. Jika
sebelum pembedahan dah memang kurus kering kurang nutrisi, macam mana luka nak
baik cepat..nak bina sel tak ada bahan, lambat lah baik.
Semasa penyembuhan tu, patut
makan semua makanan yang ada zat , kalau asyik mkn nasi dengan kicap..dari mana
nutrisi nak mari..? dok gitu..ikan haruan makang pulak..padahal, kandungan ikan
haruan tu sama je dengan ikan ikan lain..ikan ayer memang dok makang kang?..samapiakna
buah buahan yang tak bersalah pun tak di makannya.
Walaupun begitu, cepat sembuh
atau tidak nya luka tu bergantung kepada banyak faktor yang saling berhubung
kait..jadi pandai pandai lah lakukan yang terbaik untuk sentiasa sihat dan
segar.
5 comments:
I have some form of allergy and was warned that eggs may cause itchiness. For a while I restrained from taking them. Then I switched to 'telur kampong', still half believing that the 'town eggs' have chemical fed into the hens' eggs. But Terengganu delicacies are full of eggs and I could not care less for the eggs! Kalah bisa kerana biasa is the motto.
Greetings! Very helpful advice in this particular article!
It is the little changes which will make the largest changes.
Thanks a lot for sharing!
Also visit my website voyance
It's actually a nice and helpful piece of info. I'm satisfied that you shared this useful information
with us. Please keep us informed like this. Thanks for sharing.
Have a look at my web blog Rolland Garros
Attractive section of content. I just stumbled upon your
blog and in accession capital to assert that I get actually
enjoyed account your blog posts. Any way I will be subscribing to your feeds and even I achievement you access consistently quickly.
Look into my web site; Rolland Garros
Very good ρost. I certаinly love this website.
Thanκѕ!
Also visіt my web pagе paroi de douche
Post a Comment