Friday, March 01, 2013

Gangguan Emosi






Saya nak cerita ni….

Ada satu keluarga yang nampak bahagia, selalu datang ke klinik saya..datang sebab masalah biasa, anak anak  demam batuk selsema, mak senguggut, sakit sakit badan   dan ayah lenguh lenguh tubuh..Umur pasangan tersebut hampir sebaya dengan saya.

Mereka sekeluarga nampak bahagia, cakap sopan santun suami isteri dan anak anak.Anak anak pun berjuruh saja kelakuannya. Kalau sakit sorang, satu keluarga masuk dalam bilik saya..Mereka dah biasa dan kira agak rapat dan kurang segan dengan saya.. dah selesa dan ada kepercayaan antara satu sama lain

Rasa selesa bertemu Dr ni penting, bila dah selesa barulah boleh meluahkan dan bercerita tentang apa saja..Dok gitu…Suami pegawai kerajaan dan isteri seorang pegawai di syarikat swasta.

Pada suatu hari , si isteri telah di hantar oleh syarikat tempat dia bekerja ke kem motivasi..dalam hutan jugak lah kem ni..Beberapa hari selepas balik dari kem ni, beliau mula sakit pedih perut,  se‘eh, rasa macam kembung , sebu dan muntah muntah. Makan ubat pun tak jalan sehingga masuk hospital. Keluar masuk hospital beberapa kali sebab masalah yang sama, di hospital simptom tak hilang cuma reda sedikit, sehari dua di rumah..sakit datang balik..OGDS pun dah buat..dan memang normal..

OGDS ialah prosedur teropong ke dalam perut , boleh sahkan sakit gastric, ada ulcer dalam perut atau sebarang ketumbuhan dalam perut yang boleh sebabkan symptom di atas..

Agak kecewakan…..bila penyakit tak dapat disahkan..kita sakit macam nak mati tapi Dr dan ujian moden kata normal dan tak ada apa apa yang perlu di risaukan..macamana boleh muntah hijau sampai tak bermaya kalau tak ada penyakit…mesti lagi risau jadinya

Beliau ada jugak berubat alternatif lain, jumpa pengamal perubatan islam dan di beritahu, ada Jin yang ikut dia balik ketika dia di kem motivasi .  Sakit sakit akan pulih sekiranya Jin tu keluar dari badan nya…Berualng kali jugak jumpa ustaz ni….Banyak jugak doa doa yang harus di baca tapi belum diberi keizinan untuk pulih.

Bila dah dua tiga bulan keluar masuk hospital ..beliau jadi seorang yang sensitif dan mudah menangis..sikit sikit menangis..Suami cakap sikit, terguris hati..bila di ofis,,bos tegur sikit terasa hati dan menangis sampai dua tiga jam…Dia pun jadi cepat penat..Kerja rumah memang dah lama tak buat..nasib suami banyak membantu..

Sampai ketika nya beliau tak pergi kerja, hilang minat pada semua…Cuma belum ada nampak atau dengar yang bukan bukan aje lagi..

Beliau  saya rujuk berjumpa psychiatrist..mujur beliau ada insight yang bagus..terus setuju berjumpa  psychiatrist.. Agak ramai yang saya jumpa..bila nak dirujuk jumpa psychiatrist..terus tak setuju..dan kata saya bukan sakit jiwa..pastu terus hilang tak datang …jumpa lagi sekali memang gila pung…ehhhh…

Psychiatrist diagnos  beliau ada  gangguan emosi.

Beliau dalam rawatan psychiatrist sekarang dan Alhamdulillah dengan izin Allah, nampak dah sihat benar,, tak ada lagi sedih sedih dah boleh bekerja macam biasa dan muka pun dah ceria semula macam dulu dulu…. 


Abih cerita…


Moral nya….

1.       Gangguan emosi boleh sebabkan kemurungan dan bukan lah menganggu minda dan jiwa sahaja…gangguan dan penyakit fizikal seperti di atas..boleh juga di akibatkan oleh gangguan emosi..

2.       Kemurungan boleh berlaku kepada sesiapa saja, bila bila masa sahaja tanpa perlu ada event yang menyedihkan..boleh berlaku kepada mereka yang kelihatan happy go lucky dan periang juga.

3.       Kemurungan boleh di rawat dan perlu rawatan susulan seperti rawatan penyakit fizikal yang lain

4.       Masalah kemurungan tidak dapat di atasi dengan bercerita dan meminta pendapat kawan kawan. Kawan yang bagus ialah yang menggalakan untuk dapat kan rawatan dan member sokongan seadanya.

5.       Kemurungan boleh dirawat sepenuhnya,insyaAllah

12 comments:

kapitan said...

Kwn saya skrg yg dah berhijra*perempuan* bila bercakap ada bunyi2 Takziah....rasa ge gi dengar kat Rhu Sila je*ops... Dan bercerita pasal magic2 kenapa dia berubah...takut ser. Dah disaran secara baik, tp katanyaaaaaaa hanya Solat yg diperlukan...bukan sakit otok.... No more suggestion. Org happy pun boleh jd gitu...takut ser kene ke diri sdiri hehehe

Rapunzeel Cikilolo said...

la, macam tu ke...

dah sehat eh?

semoga hidup mereka dipermudahkan...

Al-Manar said...

Betulkah gangguan emosi perlu the 'head shrinker' bukan doktor biasa?

asr said...

Bro cuti sekolah ni melancong ke mana?

asr said...

Bro cuti sekolah ni melancong ke mana?

DBI said...

lukmang--memy lah..sakit nok maghi bukang kira sapa sapa..

rapunzel- skrg okay..tapi mungkin berulang lagi

pakcik..pada saya tak perlu..tapi terpulanglah kpd individu nk berubat camner..Dr boleh cadang aja rawatan..keputusan di tangan pesakit.

asr- cuti tak pi mana mana punG..knpa? nok maghi ganu ke..?

Young Areza said...

Kalau macam die bile bergaduh suami isteri atau dgn ank2 dia akn bertukar watak..sekejp die menangis..kejap die ketawa..nanti ugut nk bunuh..dkt setgah jam..baik...nanti berulang lagi...
Tapi...kalau tak gaduh..dia normal je..ni sakit jiwa ke??

DBI said...

Young Areza..

banyak faktor kena fikir sblm kategorikan sbgai sakit jiwa...kdg attention seeker, kdg too emotional..tapi kalu ugut nk bunuh diri tu kira bahaya jugak...kena jumpa pscyhiatrist/psychologist jugak tu..

Young Areza said...

Hehehe die bukn ugt bunuh diri..
Tp nk bunuh anak...
So far pnyakit die tu mcm dah kurang..rasanyA teetekan.kot..

Anonymous said...

salam..
maaf kalu nk tanya ttg lain boleh tak?

saya selalu rasa sakit di pangkal rahim ketika bersama suami..tp masa klimaks jer..atau masa foreplay jer.. dah jumpa doktor cam tak dpt jawapan tepat..dh buat pap smear tiga thun lepas..result ok..harap dapat bantu saya.tq

nora said...

askum Doc...

sy nk tanya.. ada bintik2 merah yg tak gatal tumbuh di bahagian pinggang kiri dan kanan saya. sy perasan bintik2 ni masa mandi. bintik2 ni tumbuh banyak tp di bahagian kedua-dua belah pinggang shj. adakah ini tanda sst penyakit... harp Doc dpt pandangan trima kasih.. kak nora

DBI said...

kak anon,

susah nak jawab..tapi kebnyakan sakit tu adalah psikologi..kalau dah jumpa Dr..dah bagus..Dr tentu telah ruled out penyakit penyakit yang bahaya..


kak nora,

saya tak dapat nak imagine..bintik bintik ni nampak sama tapi sebenarnya berlainan dan boleh berpunca dari pelbagais penyakit..Dr kena tengok baru tahu apa penyebab nya..saya cadang akak jumpa Dr berdekatan..